Electrolux EWF12933 Bedienungsanleitung Seite 52

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 100
  • Inhaltsverzeichnis
  • FEHLERBEHEBUNG
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 51
52 www.electrolux.com
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air
panas atau produk penghapus karat
digunakan dalam air sejuk. Berhati-hati
dengan tanda karat yang sudah lama
kerana struktur selulosanya telah rosak
dan pakaian mudah berlubang.
Kotoran kulat: bersihkan dengan
peluntur, bilas dengan betul(kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan
bersihkan dengan peluntur (kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam: lembapkan
dengan aseton(*), bentangkan di atas
kain lembut dan pedapkan tanda kotoran
itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton (*)
seperti di atas, kemudian bersihkan
kotoran dengan spirit bermetil. Hapuskan
sisa tanda daripada kain putih dengan
peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan
detergen, bilas dan bersihkan dengan
asid asetik atau sitrik, kemudian bilas.
Bersihkan sebarang tanda sisa dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis dakwat,
lembapkan pakaian dahulu dengan
aseton (*), kemudian dengan asid asetik;
bersihkan sebarang tanda sisa pada
pakaian putih dengan peluntur dan
kemudian bilas dengan bersih.
Kotoran tar: bersihkan dahulu dengan
penghapus kotoran, spirit bermetil atau
benzin, kemudian gosokkannya dengan
pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera
buatan.
Mesin basuh ini memerlukan penggunaan
bahan pencuci berbuid rendah bagi
menghalang masalah buih berlebihan,
hasil cucian yang tidak memuaskan dan
kerosakan kepada mesin. Bahan pencuci
berbuih rendah yang direka untuk mesin
basuh muatan depan mempunyai label
seperti “Muatan Hadapan”, “kecekapan
tinggi”, “HE”, seperti “Cold Power for
Front Loaders” or “Matic”.
Jenis Bahan Pencuci dan
Kuantiti Bahan Pencuci
Jangan menggunakan jenis bahan
pencuci yang salah, seperti bahan
pencuci untuk mesin muatan Atas,
bahan pencuci untuk Cucian Tangan
atau produk-produk berasaskan
sabun untuk mesin basuh muatan
depan anda. Ini boleh menyebabkan
buih berlebihan, masa kitaran lebih
lama, kelajuan putaran yang rendah,
pembilasan yang teruk dan enjin yang
terlebih muatan.
6.6
Kuantiti bahan pencuci untuk
digunakan
Pilihan dan kuantiti bahan pencuci
bergantung kepada ;
jenis fabrik (halus, bulu, kapas, dan
lain-lain.) ;
tahap kotoran;
saiz muatan;
suhu cucian; dan
kekuatan air yang digunakan.
warna pakaian;
Maklumat tentang kekerasan air dalam
kawasan anda boleh diperoleh daripada
syarikat bekalan air yang berkaitan, atau
dari pihak berkuasa tempatan anda.
Kekerasan air dikelaskan mengikut
“tahap” kekerasan.
Pilihan bahan pencuci dan penggunaan
kuantiti yang betul bukan sahaja memberi
kesan kepada prestasi cucian anda,
malah membantu mengelakkan pembazi-
ran dan melindungi persekitaran.
Walaupun boleh diuraikan melalui
tindakan biologi, bahan pencuci
mengandungi bahan-bahan dimana,
dalam kuantiti yang banyak, boleh
merosakkan keseimbangan halus alam
sekitar.
Anda mungkin perlu mencuba menggu-
nakan kuantiti bahan pencuci mengikut
setiap arahan pengeluar produk kemu-
dian bandingkan hasil cucian dengan
senarai di bawah dan sesuaikan jumlah
bahan pencuci untuk masa akan datang
dengan sewajarnya.
Serbuk pencuci yang tidak mencukupi
menyebabkan:
muatan cucian bertukar menjadi kelabu,
pakaian berminyak.
Seitenansicht 51
1 2 ... 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 ... 99 100

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare