Electrolux EWF1497HDW2 Bedienungsanleitung Seite 43

  • Herunterladen
  • Zu meinen Handbüchern hinzufügen
  • Drucken
  • Seite
    / 56
  • Inhaltsverzeichnis
  • LESEZEICHEN
  • Bewertet. / 5. Basierend auf Kundenbewertungen
Seitenansicht 42
Terbalikkan fabrik berlapis, wul dan
item dengan ilustrasi berwarna.
Tanggalkan kotoran degil.
Basuh kotoran degil menggunakan
detergen khas.
Berhati-hati dengan langsir.
Tanggalkan cangkuk atau letakkan
langsir ke dalam beg cucian atau
sarung bantal.
Jangan basuh cucian tanpa kelepet
atau jahitan tepi. Gunakan beg
basuhan untuk membasuh item kecil
dan/atau lembut (cth. bra berwayar,
tali pinggang, seluar sendat, dll.).
Muatan yang sangat sedikit boleh
menyebabkan masalah
keseimbangan semasa fasa memutar.
Jika perkara ini berlaku, laraskan item
di dalam tab dan mulakan fasa
putaran sekali lagi.
11.2 Kotoran degil
Untuk sesetengah kotoran, air dan
detergen sahaja tidak mencukupi.
Kami mencadangkan supaya anda
menanggalkan kotoran ini sebelum anda
meletakkan item ke dalam perkakas.
Penanggal kotoran khas tersedia.
Gunakan penanggal kotoran khas yang
sesuai dengan jenis kotoran dan fabrik.
11.3 Detergen dan perapi
tambahan
Hanya gunakan detergen dan bahan
tambah yang dibuat khas untuk mesin
basuh:
detergen serbuk bagi semua jenis
kain,
detergen serbuk bagi kain halus
(40 °C maks) dan bahan wul,
detergen cecair, sebaiknya bagi
program basuh suhu rendah (60
°C maks) bagi semua jenis kain,
atau khas bagi bahan wul sahaja.
Jangan campurkan jenis detergen
yang berlainan.
Untuk membantu memelihara alam
sekitar, jangan detergen melebihi
kuantiti yang betul.
Patuhi arahan yang anda temui pada
bungkusan produk.
Gunakan produk yang betul untuk
jenis dan warna pakaian, suhu
program dan tahap kekotoran.
Jika perkakas anda tidak mempunyai
pendispens detergen berserta peranti
pengibas, tambah detergen cecair
berserta bebola dos (dibekalkan oleh
pengeluar detergen).
11.4 Petua ekologi
Tetapkan program tanpa fasa pra
basuhan untuk membasuh cucian
pada kotoran biasa.
Sentiasa mulakan program basuhan
dengan muatan cucian maksimum.
Jika perlu, gunakan penanggal
kotoran apabila anda menetapkan
program dengan suhu rendah.
Untuk menggunakan kuantiti detergen
yang betul, periksa kesadahan air
sistem domestik anda
11.5 Kesadahan air
Jika kesadahan air di kawasan anda
tinggi atau sederhana, kami
mencadangkan supaya anda
menggunakan pelembut air untuk mesin
basuh. Tidak perlu gunakan pelembut air
di kawasan kesadahan air lembut.
Untuk mengetahui kesadahan air di
kawasan anda, sila hubungi pihak
berkuasa air tempatan anda.
Gunakan pelembut air dalam kuantiti
yang betul. Patuhi arahan yang anda
temui pada bungkusan produk.
12. PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN
AMARAN
Rujuk bab Keselamatan.
12.1 Pembersihan luaran
Bersihkan perkakas hanya
menggunakan sabun dan air suam.
Keringkan semua permukaan.
43
Seitenansicht 42
1 2 ... 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 ... 55 56

Kommentare zu diesen Handbüchern

Keine Kommentare